KUANTAN 3 Okt. – Atlet angkat berat, Mohd. Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan ratu gimrama negara, Koi Sie Yan dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Pahang 2017/2018 dalam Majlis Anugerah Sukan Pahang di sini, malam tadi. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil yang disampaikan Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah pada majlis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah…










