SHAH ALAM 6 Okt.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Melawati hari ini . Kongres itu yang diadakan bagi mengukuh jati diri dan maruah Melayu itu bagaimanapun berjaya menarik kehadiran pemimpin utama parti politik termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut kelihatan dalam kongres tersebut. – UTUSAN ONLINE










