KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 94 kes baharu aduan air berbau, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mencecah 1,046 kes aduan pengguna dilaporkan sejak 29 September lepas. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan petang ini berkata penambahan kes aduan itu direkodkan sejak 10 pagi tadi. “Siasatan telah dijalankan terhadap kesemua aduan yang diterima. Hasil ujian pensampelan kualiti air, bekalan…










