SEREMBAN – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun kerugian RM650,000 selepas ditipu seorang lelaki yang mendakwa boleh mendapatkan pingat dan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertua (TYT) Negeri Melaka. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan media berkata, lelaki itu ditawarkan pingat dan darjah kebesaran itu yang didakwa akan diuruskan sepenuhnya oleh individu bernama Tuan Mochtar Tuan Abdul Malek. “Pada September 2017, mangsa berjumpa dengan suspek di Kuala…










