TERDAPAT beberapa adab yang sepatutnya diambil perhatian sebagai umat Islam tatkala berlaku kematian. Antaranya adalah memahami tentang hakikat kematian. Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk: 2, bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya…” Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata bahawa perkataan ‘kematian’ didahulukan daripada perkataan ‘kehidupan’ kerana kematian itu lebih dekat. Boleh jadi juga kerana asal manusia daripada…










