PORT DICKSON – Seramai 600 peserta memeriahkan acara Port Dickson Fun Run 2019 yang berlangsung di Pantai Cahaya Negeri sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson Sabtu lalu. Peserta larian lima kilometer telah dilepaskan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin. “Walaupun pertama kali dianjurkan, ia berjaya menarik minat ramai peserta yang berusaha menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu daripada amalan hidup mereka. Hari ini kita berbangga…










