BUKIT KAYU HITAM 1 Okt. – Sebanyak 6.3 metrik tan daun ketum bernilai RM950,250 yang cuba diseludup melalui sempadan Malaysia dan Thailand berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 Ulu Kinta, Perak dalam operasi khas sejak 27 Ogos lalu. Timbalan Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, kegiatan penyeludupan didalangi sindiket itu dikesan berlaku di laluan-laluan haram sepanjang sempadan terbabit terutamanya di sekitar Padang Besar, Perlis.…










