IPOH – Seramai 18 mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Jelapang dan Jalan Pasir Puteh, Station 18 di sini awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Zakaria Abd. Rahman2 berkata, pihaknya mendapati mereka telah melakukan aksi berbahaya dengan menunggang motosikal secara laju. “Kita juga mendapati mereka telah melakukan aksi ‘wheely’ iaitu mengangkat tayar hadapan semasa menunggang berulang kali dan perbuatan tersebut jelas…










