KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sebanyak 117 ‘Ah Long’ diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 50 individu diburu untuk dituduh di mahkamah dengan kertas siasatan dan waran tangkap sudah diperolehi. Ujarnya, manakala 63 lagi diperlukan untuk melengkapkan siasatan diikuti untuk dituduh dan dalam proses mendapatkan waran…










