BUCHAREST 5 Okt. – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah bas mini bertembung dengan lori di timur Romania, hari ini. AFP yang memetik jurucakap polis sebagai berkata, sembilan penumpang bas dan pemandu lori mati di tempat kejadian akibat cedera parah manakala yang lain dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu katanya, empat daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal. Jabatan perkhidmatan kecemasan dalam…










