KUALA LUMPUR 27 Sept. – Pengarah Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Datuk Rozzana Rahmat memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa yayasan itu menjalankan perniagaan pembiayaan patuh syariah kepada kakitangan awam sejak 2012. Beliau yang tampil sebagai saksi bagi kes saman fitnah terhadap Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) memberitahu urusan pembiayaan dijalankan sejak yayasan tersebut ditubuhkan pada tahun sama. “Sejak penubuhan YIR kami menjalankan perniagaan iaitu memberi pembiayaan patuh syariah.…