BESUT 19 Sept. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Besut menyantuni 87 orang pesakit yang dirawat di Hospital Besut di Jerteh di sini petang ini. Yadim yang diketuai oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang manakala Perkim Cawangan Besut diketuai oleh Pengerusinya, Anuar Hassan meluangkan masa kira-kira satu setengah jam menemui pesakit di enam wad hospital ini. Mahadi berkata, sempena program itu Yadim menyampaikan…









