KUALA LUMPUR 28 Sept.- Weiron Tan berada pada tahap terbaiknya apabila meraih kemenangan keduanya dalam Cabaran GT Dunia Blancpain Siri Asia musim ini pada pusingan terakhir 2019 di Shanghai, China. Weiron dan rakan sepasukan Audi Sport Asia Team Absolute Racing, Martin Rump yang beraksi dalam kelas GT3S, memulakan saingan minggu dengan positif apabila meraih petak utama dengan catatan terpantas, dua minit 6.261 saat dalam sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Shanghai.…










