KUALA LUMPUR 24 Sept. – Selepas teruk dikecam pengguna media sosial, Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak memadam status ‘rumah paku’ yang dimuat naik dalam Facebooknya. Kenyataan yang dibuat kementerian itu semalam dan disertakan sekali dengan beberapa gambar rumah dekat tengah-tengah jalan dipercayai di China didakwa sebagai cubaan menyindir penduduk di Kampung Bharu. “Rumah Paku = Rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan,” katanya sebelum status itu dipadam. Namun, kenyataan…










