KUALA LUMPUR 20 Sept.- Seorang warga emas ditemukan maut dengan kedua tangannya diikat di dalam rumahnya di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ampang Jaya, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, wanita berusia 85 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh anak keduanya yang pulang dari bekerja. Difahamkan, anak mangsa berusia 61 tahun itu telah menetap bersama wanita berkenaan sejak 10 tahun lalu selepas suaminya meninggal…










