AMPANG – Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam keadaan tangan terikat dan kepalanya ditutup dengan kain dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Tasik Tambahan 2, Tasik Tambahan di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.32 petang tadi oleh anak mangsa yang memaklumkan ibunya telah meninggal dunia dalam keadaan tangan terikat di rumahnya.…










