KUALA LANGAT – Mayat seorang wanita ditemui selepas 34 jam hilang selepas nekad terjun daripada jambatan Telok Datok, Banting di sini, pagi tadi. Mayat, P. Sinnamah, 49, ditemui terapung dalam keadaan tertiarap dengan lengkap berpakaian berhampiran tokong Cina Teluk Bunut pukul 9 pagi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah mental bertindak terjun dari jambatan tersebut kira-kira pukul 11.20 malam,…










