IPOH 23 Sept. – Seorang wanita maut dipercayai akibat serangan jantung ketika cuba meleraikan pergaduhan antara anaknya dengan sekumpulan lapan lelaki di rumah mereka di Jalan New Delhi di Buntong di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa, M. Abiramy, 45, rebah selepas terkejut dengan tindakan seorang daripada suspek yang bertindak mengetuk pintu pagar berhampiran tempat mangsa berdiri. Mangsa yang pengsan kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri…










