LUMUT 25 Sept.- Seorang wanita yang cedera parah pada kepala selepas rumahnya dihempap sebatang pokok kelapa dalam kejadian ribut di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis dekat sini semalam meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa, Ramlah Sipar,52 disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di wad kecemasan Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan. “Siasatan awal mendapati ketika kejadian, berlaku ribut berserta hujan lebat. Hasil siasatan…










