Petronas siasat punca insiden tali bot putus di FSO Sepat ragut tiga nyawa

Petronas siasat punca insiden tali bot putus di FSO Sepat ragut tiga nyawa

LOKASI kejadian (dalam bulatan) tiga pekerja syarikat perkapalan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di fasiliti penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSO) Sepat di luar pesisir pantai Terengganu. - FOTO IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Petronas menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian tali bot terputus ketika kerja-kerja penyelenggaraan di fasiliti penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSO) Sepat di luar pesisir pantai Terengganu, semalam yang mengorbankan tiga pekerja kontraktor serta mencederakan seorang lagi.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari ketika kerja penyelenggaraan dijalankan di FSO Sepat yang terletak di medan Sepat, luar pantai timur Semenanjung Malaysia.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Petronas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan kenalan mangsa yang terlibat. Keutamaan syarikat ketika ini adalah memastikan kebajikan semua pihak yang terkesan terus diberi perhatian,” katanya.

Dalam kejadian tengah hari semalam,  empat pekerja kontraktor terlibat dalam insiden berkenaan. Tiga mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaj tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5.57 petang semalam.

Seorang lagi mangsa yang cedera telah dibawa mendapatkan rawatan dan kini berada di bawah pemantauan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN