Empat penari Kumpulan Briged Budaya Majlis Perbandaran Kuantan (dari kanan) Noor Shahira Faralisa Abdul Rahman, 27, Noridayu Razak, 27, Nurasyidah Mohd Ali, 26, dan Muhammad Azmeer Aiman Zaharuddin, 25, mewarnakan wajah mereka dengan corak Jalur Gemilang bagi membangkitkan semangat kemerdekaan semasa menjayakan persembahan kebudayaan sempena sambutan hari kebangsaan. Rakyat Malaysia hidup ceria dalam suasana aman meskipun berbilang kaum di atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi sejak 62 tahun lalu.










