KUALA LUMPUR 29 Sept.- Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) akan berusaha memastikan soal keselamatan skuad Harimau Malaya dan penyokong Malaysia terjamin menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu pada 10 Oktober di Stadium My Dinh, Hanoi. Jaminan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Koordinasi Keselamatan antara FAM dan VFF di ibu pejabat persatuan itu di Hanoi, hari ini. FAM dalam kenyataan memberitahu mesyuarat perancangan awal itu bagi memastikan keselamatan pemain dan penyokong Harimau Malaya…










