GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal lain dan sebuah lori bermuatan bata dalam kejadian di kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang arah pulau di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, mangsa, V. Winson, 42, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian berlaku…










