KUALA LUMPUR: Pelakon, Norreen Iman, 32, mengakui amat merindukan momen bersama keluarga sempena Hari Raya Aidiladha.
Norreen atau nama penuhnya, Norreen Iman Abdullah memaklumkan kenangan tersebut tidak mudah ditukar ganti.
”Selamat Hari Raya AidilAdha semua. Semoga anda semua gembira disamping keluarga.
“Pagi ini biarlah meriah dengan gelak ketawa. Bawak la anak keluar tengok lembu atau kambing dikorbankan.
“Lepas itu bawak balik daging untuk keluarga. Rindu moment ni, Allahuakbar,” katanya.
Norreen berkongsi perkara itu menerusi hantaran dalam platform Threads.
untuk rekod, Norreen dan suaminya, Mohd Razzi Abd Razzak bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, khamis lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. – UTUSAN










