PULAU PINANG 4 Sept. – Sepanjang tiga tahun berniaga di Jalan Green Hall, Georgetown di sini, gerai kecil seorang peniaga yang berstatus orang kurang upaya (OKU) telah enam kali dirampas anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Bagaimanapun, peniaga OKU berkenaan, Noorzlina Md Ibrahim, 41, tetap cekal meneruskan perniagaan menjual nasi lemak serta ayam goreng dan makanan lain untuk mencari rezeki. Sehubungan itu, Noorzlina yang membuka gerai itu pada pukul…










