KEMAMAN 20 Sept. – Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! terus mendapat tempat di hati masyarakat dan hari ini Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Semarak Binjai menyahut seruan menyokong dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan Melayu itu. Setiausahanya, Zalina Ismail berkata, hari ini pihaknya membeli sebanyak 10 naskah kedua-dua akhbar keluaran Kumpulan Utusan itu sebagai permulaan. “Sebelum ini pun saya memang melanggan kedua-dua akhbar tersebut dan kami di kalangan jawatankuasa KRT Taman…










