INOVASI. Hasil inovasi mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menewaskan 71 pasukan untuk dinobatkan sebagai juara program Shell Selamat Sampai (SSS) Varsity Challenge 2019 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Kumpulan, Muhammad Isa Ishak berkata, pasukan itu membangunkan projek Inovasi Kawal Sifar Kemalangan Jalan Raya bagi menyertai pertandingan tersebut sejak Julai lalu. “Projek ini diinspirasikan daripada…










