PASIR GUDANG 2 Sept. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang sudah mengambil beberapa langkah pencegahan sepanjang berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Timbalan PPD Pasir Gudang, Md. Yunan Abd. Majid berkata, langkah pencegahan itu akan memberi fokus kepada 12 buah sekolah kebangsaan yang menjadi titik panas insiden pencemaran udara di kawasan ini. “Menjelang peperiksaan UPSR tahun ini, kita telah menyediakan…









