PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini dan menasihati mereka untuk tidak merasa tertekan ketika menjawab soalan. Seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR pada tahun ini di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara. Maszlee yang melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) di sini hari ini turut menasihati para ibu bapa agar…










