IPOH – Seramai 33,771 murid Tahun Enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 di negeri ini melibatkan sebanyak 872 pusat peperiksaan yang bermula hari ini. Jumlah ini termasuk 283 murid Orang Asli dan yang tinggal di pedalaman serta 110 orang murid berkeperluan khas. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari berkata, ia turut melibatkan 4,355 petugas yang terdiri daripada pengawas dan penyelia sepanjang peperiksaan…










