SERDANG 23 Sept. – Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak mengeluarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menggantikan bacaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu lepas. UPM dalam kenyataan hari ini menjelaskan bacaan IPU melebihi 350 yang tular tersebut bukan nilai IPU bagi menggambarkan status pencemaran udara. “Nilai yang ditularkan tersebut adalah nilai kepekatan PM2.5 (ug/m3) yang dicerap menggunakan ‘air quality monitoring sensors’ (sensor pemantauan kualiti…










