LONDON – Bekas ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menjadi pilihan utama beberapa kelab besar Eropah untuk menggantikan pengendali sedia ada yang dilihat gagal membantu pasukan tersebut mencapai prestasi yang diharapkan musim ini. Difahamkan, Allegri sudah dirisik oleh pengurusan kelab gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United yang mahu dirinya menggantikan posisi Ole Gunnar Solksjaer andai dipecat dalam masa terdekat. Sebagai rekod, nasib Solksjaer bagaikan di hujung tanduk selepas gagal membantu…










