LONDON 28 Sept. – Pengurus Arsenal, Unai Emery berharap dapat mengubah persepsi ‘luaran’ Granit Xhaka selepas pemain tengah Switzerland itu dinamakan sebagai kapten baharu Gunners. Xhaka memimpin Arsenal dalam kesemua enam aksi pertama Liga Perdana musim ini selepas pemergian Laurent Koscielny ke Bordeaux. Bagaimanapun, Emery hanya menamakan Xhaka sebagai kapten Arsenal selepas dia mendapat undian tertinggi mengatasi Pierre-Emerick Aubameyang, Hector Bellerin, Alexandre Lacazette dan Mesut Ozil. Xhaka, 27, menerima kritikan…










