KOTA BHARU 28 Sept. – Badan Perhubungan UMNO negeri ini menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat diraja baginda atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di sini pagi ini. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mengeluarkan kenyataan dari Masjidil Haram, Mekah hari ini berkata, seluruh anggota badan itu mendoakan roh Almarhum dicucuri rahmat. “Merafak sembah dan ucapan takziah kepada Sultan Muhammad…










