KEMAMAN 2 Sept. – Buat julung kali Urusetia UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dengan kerjasama Kelab Sahabat N32 Kemaman (Kelab Sahabat N32) akan menganjurkan forum Kemaman Berbicara V2.0 : Bicara Jalinan Kasih Felda, Jumaat depan. Setiausaha Urusetia UMNO DUN Air Putih, Shammadi Zaid berkata, program itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Pembela Pemuda UMNO Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Warga FELDA Malaysia (PKWFM) yang akan diadakan di pekarangan kediaman…










