KUANTAN 25 Sept. – Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) akan melibatkan semua penuntutnya dalam program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) sebagai usaha menggerakkan agenda pemikiran dan perniagaan digital dalam kalangan anak muda. Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmad Zainuddin berkata, sejak berkerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bermula Jun lalu, seramai 120 penuntut daripada program Diploma Pemasaran, Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pengurusan Teknologi menyertai NBME. “NBME merupakan program…










