SEREMBAN 24 Sept. – Kerajaan negeri berharap dapat memaklumkan kepada rakyat negeri ini mengenai pelaksanaan pemberian hak milik kekal kepada tanah perumahan yang berstatus pajakan dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, pada masa ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang membuat semakan dan prosedur menyeluruh bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun. Katanya, tindakan…










