DUBAI 24 Sept. – Seramai tujuh kanak-kanak antara 16 mangsa yang terbunuh dalam dua serangan udara oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi di selatan Yemen hari ini. “Sembilan lagi dilaporkan cedera dalam serangan disasarkan ke arah kawasan kediaman di wilayah Daleh,” kata pegawai tempatan yang enggan dikenali. Kumpulan pemberontak Houthi mengecam serangan itu kerana tindakan kekejaman mereka terhadap rakyat Yemen. – AFP










