KUANTAN 29 Sept. – Skuad Tok Gajah mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Melaka 3-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini. Kejayaan itu membolehkan anak buah Dollah Salleh menang dengan agregat 6-1. Dalam perlawanan malam ini, skuad Tok Gajah perlu menanti sehingga minit ke-41 untuk membuka jaringan menerusi penyerang importnya, Lazarus Kaimbi. Skuad Hang Tuah yang tampil dengan aksi berbeza berbanding suku akhir pertama…










