KUALA TERENGGANU – Seramai 13,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menikmati akses Internet yang lebih pantas menerusi penyediaan sambungan Internet berkelajuan tinggi oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi, TM ONE. Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, ketiga-tiga kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut di Gong Badak, Kuala Nerus; Kuala Terengganu dan Tembila, Besut bakal menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan 5Gbps. Beliau…










