Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala, Malaysia hari ini menyambut Hari Kebangsaan untuk kali ke-62 dalam suasana yang harmoni dan aman sentosa. Beta berharap sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun sebegini akan terus menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat jelata, serta mampu menyemai rasa cinta dan sayang kepada negara dalam jiwa semua kaum dan bangsa di Malaysia. Semangat ini juga haruslah dizahirkan…










