SETIAP insan pasti pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan tidak kiralah sama ada dalam pelajaran mahupun pekerjaan. Gagal itu lumrah kerana dalam kehidupan ini, kadangkala kita di bawah dan kadangkala di atas. Namun, apa yang membezakan dengan orang lain adalah cara untuk kita menghadapi perkara tersebut. Menghadapi episod kegagalan itu sebenarnya bukan mudah, namun perlu dihadapi dengan reda iaitu menerima kenyataan dengan sabar. Kadangkala perjalanan yang dihadapi begitu berat untuk dihadapi…










