KOTA BHARU 24 Sept. – Akibat kesempitan hidup tujuh sekeluarga terpaksa tinggal dalam sebuah bangsal yang didirikan di atas tanah rezab pantai di Kampung Baru, Pantai Mek Mas di sini. Tambah memilukan apabila mereka terpaksa membesarkan anak kecilnya berusia setahun setengah dalam suasana tempat tinggal yang tidak berpintu selain dindingnya hanya dari papan lapis dan kain. Imran Amin, 59, memberitahu, sebelum ini mereka tinggal secara menyewa di Pasir Puteh dengan…










