KUALA TERENGGANU 18 Sept. – Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap mana-mana peniaga jalanan yang ingkar larangan menjaja di persimpangan-persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri akan bermula pada 1 November depan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, tempoh sehingga akhir Oktober diberikan kepada golongan berkenaan untuk mematuhi larangan itu di samping mencari alternatif perniagaan baharu. Katanya, tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan itu…










