KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman berkaitan kes amuk dan tetak di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin lalu. Timbalan Pengarah Forensik/ Databank DNA/ Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, ketiga-tiga individu tersebut ditahan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah antara pukul 1.15 petang hingga 12 tengah malam…










