KUALA TERENGGANU 19 Sept. – Tiada penyelewengan mahupun manipulasi harga topeng muka dikesan di Terengganu, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, hari ini. Katanya, ia berdasarkan pemeriksaan yang dibuat ke atas 83 premis yang menjual barangan itu di seluruh negeri yang bermula sejak 12 Sept lepas. “Pemeriksaan ini melibatkan seramai 110 anggota penguatkuasa dengan tumpuan pemeriksaan adalah terhadap perniagaan runcit, borong…










