Eyka Farhana lega keluarga banyak bantu ketika berpantang - Utusan Malaysia

Eyka Farhana lega keluarga banyak bantu ketika berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Eyka Farhana mengakui banyak dibantu keluarga sendiri, keluarga mertua dan neneknya sepanjang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung baru-baru ini.

Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata, walaupun mempunyai khidmat penjaga berpantang, ahli keluarganya tetap menjadi sumber kekuatan terbesar ketika melalui fasa tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya terasa sangat indah dan penuh dengan kasih sayang. Walaupun ada penjaga berpantang, tiada apa yang boleh dibandingkan dengan kehadiran keluarga, suami, keluarga mertua dan nenek yang menjaga saya serta bayi.

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih kerana mempermudahkan proses bersalin dan perjalanan berpantang saya lebih daripada yang saya bayangkan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Menurut isteri kepada pemain bola sepak profesional Akhyar Rashid itu, dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang sentiasa membantu dan mengambil berat mengenai dirinya serta bayi sepanjang tempoh berpantang.

“Saya rasa sangat bersyukur, disayangi dan benar-benar bertuah dengan semua orang yang ada di sekeliling saya,” katanya ringkas.

Terdahulu, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025 dalam sebuah majlis tertutup di Ampang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan Eyka kini masih menjalani tempoh berpantang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN