Tiada masalah antara Vettel dan Leclerc - Utusan Malaysia

Tiada masalah antara Vettel dan Leclerc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI, Rusia – Juara dunia perlumbaan Formula Satu (F1) empat kali, Sebastian Vettel menegaskan kejayaannya di Grand Prix (GP) Singapura minggu lalu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan rakan sepasukan di Ferrari, Charles Leclerc.

Hajat Leclerc untuk menghadiahkan kemenangan hatrik kepada Ferrari tidak kesampaian apabila Vettel berjaya me­mintasnya dengan menggunakan taktikal hentian pit, sekali gus menjadi kemenangan pertama buat pemandu Jerman itu sejak kali terakhir melakukannya di Belgium pada 2018.

Vettel yang kini memburu kemenangan kedua di GP Rusia esok, meluahkan rasa simpatinya terhadap Leclerc yang terpaksa akur dengan strategi tersebut minggu lepas.

“Tidak perlu untuk kita cuba memahami kekecewaan Leclerc kerana jelas sekali dia pastinya mahu memenangi perlumbaan tersebut minggu lalu.

“Dia memang kecewa apabila menyedari dia mula ketinggalan di belakang saya. Jika perkara itu berlaku ke atas saya, sudah pasti saya juga berasa kecewa,” kata Vettel.

Pemandu berusia 32 tahun itu bagaimanapun mendedahkan dia telah berjumpa dengan Leclerc selepas perlumbaan bagi menjelaskan keadaan.

“Saya telah bercakap dengannya, tetapi kebanyakannya bukan mengenai perlumbaan berkenaan. Saya tidak fikir taktikal tersebut adalah permai­nan kotor.

“Hanya ada seorang sahaja yang perlu muncul juara dan untuk menghadiahkannya kepada pasukan, kami perlu berjuang untuk melakukannya dan bukan hanya menjaga hati rakan sepa­sukan,” ujar­nya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×