KUALA LUMPUR 30 Sept. – Tiada elemen jenayah ditemui dalam kepincangan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tenteras (LTAT) bagi tahun berakhir 31 Dis, 2018 (FY2018), kata Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin. Beliau menegaskan kepincangan yang ditemui dalam transaksi lepas adalah disebabkan oleh salah urus oleh pengurusan terdahulu yang telah tidak diambil kira dengan betul. “Dalam perbincangan kami, ia merupakan salah pengurusan dan salah pengurusan itu telah tidak diambil…










