SEGAMAT 29 Sept.- Pasukan Terengganu tidak berhasrat mempertahankan gelaran juara keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Kebangsaan Siri 2 yang sedang berlangsung selama tiga hari di sini bermula hari ini. Pengurus pasukannya, Mohd. Fazli Dollah berkata, tarikh kejohanan kali ini yang bertembung dengan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan terlalu hampir dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan pasukannya tidak dapat menghantar atlet berusia 15 dan 17 tahun. “Walaupun…










